Skuad wanita negara meneruskan aksi cemerlang pada kejohanan Hoki Siri Terbuka Wanita 2018 apabila membelasah Hong Kong 10-0 di Stadium Sengkang di Singapura, pada Ahad.
Pasukan Malaysia membuka tirai jaringan menerusi gol padang Fatin Shafika Sukri pada minit ketujuh, sebelum Nur Amirah Shakirah Zulkifli meledak gol pada minit ke-17 dan 46, Siti Noor Amarina Ruhani (minit ke-53 dan 57) serta Nuraini Abdul Rashid pada minit ke-19 dan 48.
Fazilla Sylvester Silin turut menyumbangkan gol pada minit ke-22, Hanis Nadiah Onn (minit ke-32) dan Nuraslinda Said (minit ke-42) pada aksi tersebut, selepas menewaskan lawan yang sama 9-0 pada Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia, awal tahun lepas.
Skuad Malaysian Tigress memulakan kempen pada kejohanan berkenaan dengan membenam Indonesia 18-0 di venue yang sama, pada Sabtu.
Selepas berehat hari ini, skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah akan meneruskan saingan bertemu Kazakhstan pada Selasa, diikuti Thailand sehari kemudian, sebelum melengkapkan aksi round robin itu berdepan tuan rumah Singapura pada Jumaat.
Pasukan wanita negara perlu menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas pada kejohanan berkenaan, yang merupakan aksi kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, bagi membolehkan mereka menempah tempat ke pusingan seterusnya, iaitu kejohanan Hoki Siri Final.
"Kita masih meneruskan saingan sehingga kita mencapai sasaran, adalah bagus jika dapat kekalkan fokus. Kita tidak tahu bila kita akan ketandusan untuk menjaringkan gol. Jadi, saya sentiasa bimbang jika kita melepaskan peluang kerana kita hanya menjaringkan 10 gol (enam melalui pukulan sudut penalti) walaupun memperoleh 39 pukulan sudut penalti pada Ahad.
"Bagus kerana kita mencatat kemenangan, namun adalah lebih bagus untuk kita terus berusaha menjadi lebih baik. Kita perlu lebih tajam pada perlawanan penting menentang Kazakhstan dan Thailand. Pertahanan Kazakhstan bermain baik dan bergantung kepada serangan balas. Mereka memiliki barisan penyerang yang lincah dan ia mungkin memberi masalah kepada kita.
"Penting kita menyempurnakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Pada pertemuan terakhir menentang Kazakhstan, kita hanya menewaskan mereka 2-1 selepas melepaskan banyak peluang. Diharapkan barisan hadapan kita lebih tajam pada kali ini," kata Muhammad Dharma. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 24 2018
Skuad Hoki Wanita Kebangsaan bergambar kenangan sebelum berlepas ke Singapura bagi menghadapi Kejohanan Siri Hoki Terbuka di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 21 Jun lalu. - BERNAMA
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Hoki: Malaysian Tigress belasah Hong Kong 10-0
Skuad wanita negara membelasah Hong Kong 10-0 pada kejohanan Hoki Siri Terbuka Wanita 2018 di Stadium Sengkang, Singapura.